Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, June 17, 2009

Perodua MyVI

"DALAM sejarah model yang pernah dikeluarkan oleh Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua), MyVi sememangnya menggenggam kejayaan luar biasa. Model yang diinspirasikan daripada model Toyota Passo atau Daihatsu Boon di negara kelahirannya, Jepun ia dilihat sebagai sebuah kompak yang memiliki hampir segalanya. Myvi menawarkan ruang kabin yang luas, penggunaan bahan api ekonomi, selain reka bentuk yang tidak berkompromi dengan aspek keselesaan dan kemudahan.

Maka, tidak hairanlah ia berjaya menawan hati lebih suku juta (250,000) pembeli kereta tempatan untuk dijadikan sebagai kenderaan harian masing-masing. Sejak diperkenalkan pada Mei 2005, jualan Myvi merangkumi 50 peratus jualan keseluruhan Perodua. Malah, sehingga tempoh bagi pertengahan tahun 2008, sebanyak 52,724 unit Myvi telah pun didaftarkan. Mahu menyediakan produk terbaik sebagai tanda terima kasih kepada peminat setia jenamanya, Perodua melancarkan model Myvi yang menerima pelbagai bentuk perubahan baru. Myvi baru ini diperkenalkan oleh Pengarah Urusan Perodua, Datuk Syed Abdull Hafiz Syed Abu Bakar di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), minggu lalu" (petikan akhbar)

nape aku dok citer sal MyVi nih..actually bebaru nih abah ku selamat mendapatkan kete ala2 iadamannye laa..kete Myvi,tapi kat sini aku tak sempat nk snap gambo Myvi tuh..walaupon hari pertama dapat kete tuh..my parent dtg umah aku dulu..hehehe..merasalah mak cik nek kete tuh, ngan cik aiman skali..abah dio takde..keje..aku teman kan my parent g umah si nana untuk urusan geran ape ntah..aku pon tak brape nk paham. nnti laa ek..peh nih aku try snap picture kete yg tomei tuhn sambung citer entry sal Myvi nih k..

2 comments:

jai said...

mak aih...sonok mak abah dpt kete bru..finally...

shidakhairi said...

tuh la jai..ptg nih..insya allah,mak dtg..nnti i snap picture.